Friday, 29 March 2013

Amalan Asas Kesihatan


Amalan asas kesihatan – Menjelaskan peranan kebersihan diri dalam mengekalkan status kesihatan yang baik serta menjamin hubungan sosial.

Sebahagian amalan asas kesihatan yang perlu kita amalkan:

1. Kebersihan diri

2. Kebersihan pakaian

3. Kebersihan peralatan

4. Kebersihan dalam dan luar rumah

5. Pemakanan yang sihat seperti seimbang, mengikut keperluan dan cara penyediaan yang sihat

6. Amalan kecergasan fizikal yang tetap

7. Mengurus tekanan (stress) dengan baik

8. Dapatkan pemeriksaan jika tidak sihat

9. Jauhi amalan merokok dan meminum minuman alkohol.

Amalan Kesihatan DIri


Definisi – Amalan seharian yang berkaitan dengan kesihatan. Kita mengamalkan amalan kesihatan diri yang baik sekiranya:

1. Kita menjaga kesihatan tubuh badan

2. Kita mengamalkan pemakanan yang seimbang

3. Kita melakukan senaman dan aktiviti kecergasan fizikal

4. Kita mampu menguruskan sebarang tekanan (stress) dengan baik

5. Kita tidak mengamalkan tabiat merokok

6. Kita tidak minum minuman beralkohol

Penjagaan Peralatan Dan Kebersihan


Penjagaan Peralatan dan Kebersihan – Penting untuk mengelak peralatan ini daripada menjadi tempat pembiakan kuman yang boleh menyebabkan penyakit seperti penyakit tangan, kaki dan mulut.

Peranan Gender

1. Peranan Lelaki – Sistem patriaki yang mana golongan lelaki mengetuai sesebuah keluarga. Sistem ini memberi kuasa kepada lelaki memimpin keluarga, membuat keputusan, menyediakan sumber ekonomi serta kemudahan asas yang selesa untuk kesejahteraan kesihatan hidup berkeluarga.
  •    Teladan yang baik ditunjukkan bapa akan membantu anak lelaki membesar sebagai individu,bapa, suami dan pekerja yang sihat daripada aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial
  •   Untuk membentuk keluarga yang sejahtera dan bahagia, pihak lelaki perlu mengambil bahagian dalam perancangan keluarga. Penjagaan kesihatan dan kesejahteraan keluarga memerlukan peranan kedua belah pihak iaitu suami dan isteri. Tanggungjawab membina keluarga sihat, sejahtera dan bahagia harus dipikul bersama dan adil
2. Peranan Perempuan – Peranan biologi yang menjadi keistimewaan perempuan ialah hamil dan melahirkan anak.  Peranan ini tidak mengehadkan kemampuan dan keupayaan golongan perempuan untuk mencari rezeki kepada keluarga. Penglibatan mereka dalam industri kecil-kecilan di rumah secara separuh masa seperti membuat kuih, keropok dan sebagainya dan dalam masa yang sama mampu menjalankan tanggungjawab menjaga anak. Kegigihan mereka amat penting dalam meningkatkan dan menjana ekonomi keluarga.

3. Stereotaip Gender – Dalam sistem komuniti yang diketuai oleh lelaki atau kaum bapa stereotaip gender masih diamalkan. Sejak usia muda anak lelaki dididik untuk berperwatakan, budaya pakaian, komunikasi serta bersosial seperti seorang lelaki yang diharapkan oleh masyarakat secara lazimnya. Perwatakan dan budaya serta penampilan yang terkeluar daripada ciri-ciri hakiki seorang lelaki dilihat sebagai satu masalah dalam gender. Contoh: lelaki pondan.

  •    Anak perempuan dididik dengan nilai, peranan serta perwatakan seorg perempuan yang diterima secara lazim oleh masyarakat. Mereka dididik bersifat lemah-lembut, bersopan-santun, dan tahu serta mahir dalam pengurusan rumah tangga. Walaupun golongan perempuan mencapai tahap pendidikan dan kerjaya setanding dengan lelaki, tetapi mereka masih menjalankan tugas-tugas sebagai seorang isteri dan ibu seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya.
  •   Dalam dunia pekerjaan stereotaip gender dilihat semakin berkurangan. Ramai perempuan mampu melaksanakan kerjaya yang dikuasai oleh kaum lelaki seperti polis dan tentera.

Keadaan Dan Tanggungjawab Menjaga Tubuh Badan


1. Keluarga dan Masyarakat – Memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran, pengetahuan dan amalan penjagaan tubuh. Ibu bapa sebagai role model terbaik dalam penjagaan kesihatan. Masyarakat turut memainkan peranan. Jika masyarakat melihat mandi pagi sebagai satu nilai kesihatan, maka amalan ini menjadi budaya ahli-ahlinya. Individu bertanggungjawab ke atas kesihatan mereka apabila meningkat dewasa.

2. Klinik Kesihatan atau Hospital – Staf klinik kesihatan ibu dan anak turut memainkan peranan. Ibu-ibu diberi nasihat dan tunjuk cara bagaimana penjagaan kesihatan yang baik. Contoh: dalam penyediaan makanan seimbang kepada kanak-kanak.

3. Sekolah – PJK di peringkat sekolah rendah memberi pengukuhan dan kesedaran ini. Pasukan Kesihatan Sekolah dari pejabat kesihatan daerah yang berdekatan turut menjalankan lawatan secara berkala ke sekolah untuk menjalankan pemeriksaan berkala kepada pelajar. Program Doktor Muda yang diperkenalkan ke sekolah-sekolah rendah turut mempromosikan amalan penjagaan kesihatan dalam kalangan pelajar. ’Kempen Cara Hidup Sihat’ melalui KKM untuk penjagaan kesihatn secara menyeluruh dan berterusan meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, mental, dan sosial seseorang.

Pengurusan Kesihatan Diri

Aspek Pengurusan Kesihatan Diri:

1. Pengurusan kebersihan tubuh
2. Pengurusan kebersihan pakaian
3. Pengurusan tahap kesihatan
4. Pengurusan pemakanan yang sihat
5. Pengurusan berat badan
6. Pengurusan tekanan (stress)

a)  Pengurusan kebersihan diri – Membersihkan tubuh badan menjadi rutin harian yang perlu dilakukan.

  • Mandi 2 kali sehari. Bersihkan tubuh dengan sabun dan air bersih untuk membuang kotoran & kuman bagi menjauhkan jangkitan penyakit kulit seperti kudis & badan berbau.
  • Bersihkan tangan dengan sabun & air bersih setiap kali selepas ke tandas, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan. Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan bersih.
  • Rambut dibersihkan dengan syampu yang sesuai dengan jenis kulit kepala samada berminyak / kering. Kutu rambut / masalah kulit kepala antara masalah kesihatan yang biasa berlaku.
  • Penjagaan mulut termasuk gigi penting. Gosok gigi menggunakan berus gigi yang sesuai dan ubat gigi. Pastikan mulut dan gigi dibersihkan setiap kali selepas makan dan sebelum tidur. Gunakan floss untuk membuang sisa makanan pada celah gigi. Dapatkan pemeriksaan 2 kali setahun. Guna alat pelindung gigi jika terlibat dalam aktiviti sukan lasak.
  • Tubuh memerlukan rehat yang cukup untuk memulihkan tenaga dan minda. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Kanak-kanak dan remaja memerlukan masa tidur yang lebih panjang berbanding dengan orang dewasa. Pastikan tubuh dibersihkan sebelum tidur.

b)  Pengurusan kebersihan Pakaian – Negara kita mpunyai kadar kelembapan yang tinggi. Tubuh kita cepat berpeluh. Adalah penting untuk kita menukar pakaian setiap hari. Pastikan pakaian dibersihkan sebelum dipakai semula. Kita perlu membersihkan dan menjemur bantal, selimut, cadar untuk mengelak pembiakan hama.

c)  Pengurusan Tahap Kesihatan – Penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok adalah ’pembunuh senyap’. Penyakit ini dikenal pasti sebagai salah satu daripada 10 penyebab kematian di Malaysia. Kita boleh mengurus tahap kesihatan melalui pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital untuk mengetahui tanda-tanda awal sesuatu penyakit seperti pemeriksaan tahap glukos darah supaya dapat ketahui samada diri berisiko untuk mendapat penyakit diabetis.

Jenis pemeriksaan yg boleh dijalankan ialah:

1. Pemeriksaan tekanan darah
2. Saringan paras glukos darah
3. Saringan paras kolesterol
4. Indeks jisim badan
5. Pemeriksaan kanser serviks dan puyu dara
6. Ujian kadar lemak
7. Saringan minda sihat

d)  Pengurusan Pemakanan yang Sihat – Adalah amat penting untuk memakan makanan yang seimbang bagi mendapat semua jenis zat yang diperlukan. Makanan seimbang terdiri daripada komponen karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan lain-lain. Pengambilan makanan seimbang akan memberi tenaga, membina badan, mencegah penyakit.

  •   Tiga waktu makan utama ialah sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Pengambilan sarapan pagi untuk memberi tenaga bagi memulakan kerja.
  •   Makan mengikut keperluan – pengambilan jumlah makanan perlu sesuai dengen jenis pekerjaan atau penggunaan tenaga. Kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar dan aktif secara fizikal memerlukan jumlah makanan yang banyak. Begitu juga petani, nelayan, buruh – penggunaan tenaga mereka sangat tinggi.

Antara pengurusan amalan makanan yg tidak sihat:

1. Tidak mengambil makanan waktu makan utama seperti sarapan pagi dan makan tengah hari menyebabkan kita akan berasa terlalu lapar dan makan dengan lebih banyak.

2. Tidak mengambil pelbagai jenis makanan seimbang menyebabkan tubuh tidak dapat pelbagai zat yang diperlukan.

3. Mengambil snek yang tidak sihat seperti ais krim, jeruk dan kek.

4. Mengambil secara berlebihan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi akan memdedahkan seseorang kepada risiko penyakit diabetis.

5. Mengambil secara berlebihan makanan yang tinggi kadar lemak dan minyak akan mengumpulkan lebihan lemak di dalam tubuh jika tidak digunakan.

6. Mengambil makanan yang tinggi kandungan garam seperti ikan masin dikenal pasti sebagai faktor risiko penyakit tekanan darah tinggi.

e)  Pengurusan Berat Badan – Obesiti salah satu risiko utk mendapat penyakit diabetis, jantung, darah tinggi dan kanser. Risiko lain ialah merokok dan kurang bersenam. Kecergasan fizikal meliputi segala aktiviti yang menggerakkan anggota fizikal seperti menjalankan kerja rumah dan membersihkan kawasan rumah. Aktiviti fizikal memerlukan tenaga yang berupa membakarkan lemak dalam tubuh. Pembakaran lemak secara konsisten akan menyisihkan lebihan lemak yang disimpan di dalam badan untuk mengelak badan daripada berlebihan berat. Aktiviti fizikal akan meningkatkan high density lipoprotein (HDL) atau lemak darah berkepadatan tinggi yang baik untuk melindungi jantung. Ia adalah bahan darah yang dapat memungut kolesterol dan membantu membuangnya dari badan melalui hati. Ia dikenali sebagai kolesterol baik.

f)  Pengurusan Tekanan (stress) – Tindakbalas fizikal, emosi, dan mental terhadap perubahan dan cabaran. Stress boleh dialami di rumah, sekolah dan tempat kerja. Stress yang sedikit boleh menjadi motivasi kepada kita. Stress yang serius mungkin cenderung untuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan alkohol. Kita mesti belajar hidup dengan stress kerana ia sebahagian daripada kehidupan. Belajar mengurus stress dapat menjauhkan kerunsingan. Pengurusan masa dan kerja yang bijak dapat membantu mengurangkan stress. Amalkan pemikiran dan komunikasi yang positif. Dapatkan bantuan jika tidak mampu menguruskan tekanan diri.

Cara-Cara Penjagaan Tubuh Badan


Dalaman – Pengambilan pemakanan yang sihat memainkan peranan penting dalam penjagaan / pemuliharaan tubuh. Makanan yang seimbang akan membekalkan zat untuk setiap organ yang berlainan untuk kesihatan.

Luaran – Lebih khusus kepada kaedah penjagaan kebersihan. Jika kita tidak membersihkan tubuh badan, kita membenarkan kuman atau hama berumah dalam tubuh menyebabkan kita dijangkiti penyakit & menjangkiti orang lain. Contoh: jika kita tidak menjaga kebersihan rambut anak-anak kita, mungkin kepala mereka menjadi habitat kutu rambut.

Kita juga harus menjaga anggota tubuh daripada tercedera. KKM melalui ’Kempen Cara Hidup Sihat 1999: Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan’ menyeru kita mengambil langkah keselamatan di dalam dan di luar rumah. Kita harus memastikan peralatan dalam rumah di simpan di tempat yang selamat. Kita memerlukan taman permainan yang selamat untuk mengelak kecederaan. Aktiviti berisiko seperti menunggang motosikal berbahaya atau mendedahkan diri kepada kecederaan.

Fungsi Organ Dan Bahagian Tubuh Badan

Organ
Kedudukan
Fungsi
Otak
Dalam ruang tengkorak
Memuatkan pusat-pusat (intelek, fikiran, ingatan/kuasa kemahuan) yang mengawal aktiviti-aktiviti tubuh.
Paru-paru
Dalam ruang toreks
Membawa masuk udara beroksigen ke dalam tubuh dan membawa keluar karbon dioksida & wap dari darah.
Jantung
Terletak pada belakang dada dalam ruang toreks antara paru-paru
Mengepam dan mengalirkan darah ke seluruh tubuh serta mengekalkan aliran atau peredaran darah setiap masa.
Perut
Sambung terus daripada  kerongkong. Ia bergantung bebas bahagian atas kiri ruang abdomen
Ia menerima bahan makanan daripada kerongkong dan menyimpan buat sementara waktu untuk dilembutkan dan dihadamkan.
Hati
Terletak di bawah otot diaphragm dalam ruang abdomen
Menghasilkan cecair hempedu & bahan yang terdapat di dalam darah seperti serum untuk perkumuhan serta metabolisme.
Buah pinggang
Terletak di dinding belakang abdomen
Buang air yang berlebihan dalam tubuh. Buang hasil perkumuhan seperti urea & asid urik. Mengawal kepekatan / kuantiti yg terkandung dalam darah.