Friday 29 March 2013

Jenis Pemeriksaan, Kebaikan Dan Peralatan


Jenis pemeriksaan
Kebaikan

Alat-alat ujian
Tekanan darah
Dapat mengesan dengan lebih awal tanda-tanda tekanan darah tinggi.

Spihigmomannometer
Glukos darah
Dapat mengesan tahap glukos didalam darah & membantu sebagai amaran untuk mengawal pengambilan gula / rawatan awal

Glucometer & strip
Kolesterol
Dapat mengesan tahap kolesterol darah & membantu menyedarkan seseorang mengawal pemakanan serta mengamalkan senaman

Accutrend &  strip
Pengesanan barah pangkal rahim
Dapat mngesan awal sel-sel kanser di pangkal rahim & di rawat awal

Spatula, mikroskop
Penglihatan
Dapat mengesan awal masalah penglihatan (rabun dekat & jauh)

Carta Snellen
Pendengaran
Dapat mngesan awal masalah pendengaran & membuat rujukan untuk rawatan

Audiometer
Berat badan/ Indeks Jisim Badan (IJB)
Dapat mengetahui tahap IJB & membantu untuk mengawal pemakanan serta kecergasan fizikal.

Alat timbang, body meter, penimbang & kalkulator


Pemeriksaan Fizikal Dan Klinikal


1. Peringkat bayi, kanak-kanak dan remaja – bertujuan untuk memantau status kesihatan serta perkembangan tumbesaran seorang kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak dipantau berdasarkan pertumbuhan berat & ketinggian serta kemahiran asas seperti bercakap, bermain, merangkak, berdiri, berjalan berdasarkan panduan dalam kad perkembangan kanak-kanak. Perkembangan fizikal bayi amat penting untuk mengesan kecacatan awal, supaya dapat mempercepatkan rawatan & pemulihan. Pemeriksaan kesihatan kanak-kanak & remaja dilakukan oleh pasukan kesihatan sekolah dari pejabat kesihatan yang berdekatan dengan sekolah.

2. Peringkat Dewasa – bertujuan untuk mengenalpasti sesuatu penyakit pada peringkat awal. Pemeriksaan meliputi tekanan darah, tahap glukos dalam darah, tahap kolesterol, indeks jisim badan, kanser serviks & payu dara. Pengesanan awal akan membantu rawatan awal yang sesuai terhadap sesuatu penyakit.

Penyediaan Makanan


Langkah penyediaan makanan hendaklah mematuhi peraturan yang selamat supaya tidak berlaku pencemaran. Contoh: tidak menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan mentah & makanan yang telah dmasak.

·    Makanan hendaklah dibersihkan dengan air bersih sebelum di masak.



Ciri-ciri seorang penyelia makanan yang sihat:

1. Basuh tangan setiap kali selepas ke tandas & sebelum menyediakan makanan.

2. Memakai apron & tudung kepala yang bersih & betul.

3. Kuku dipotong pendek.

4. Jangan memakai cincin.

5. Tidak meludah di kawasan penyediaan makanan

6. Tidak batuk / bersin ke arah makanan.

7. Tidak merokok / memakan sireh.

8. Tidak mengorek telinga / hidung.

9. Tubuh serta pakaian sentiasa dalam keadaan bersih.

Penyimpanan Makanan


1. Makanan kering – Makanan mentah kering seperti beras & tepung disimpan di dalam bekas & tempat yang kering. Ruang yang lembap akan menggalakkan pertumbuhan kulat.

2. Makanan basah – Makanan mentah basah seperti ayam, daging & hasil laut mengandungi banyak bakteria. Makanan ini perlu diasingkan daripada makanan yang telah dimasak / makanan mentah yang sedia untuk dimakan seperti buah-buahan & ulam. Titisan daripada air makanan mentah boleh memindahkan bakteria melalui proses pencemaran silang.

Jika menyimpan makanan dalam peti sejuk, ikuti panduan berikut :

1. Jarakkan bekas-bekas dalam peti sejuk supaya peredaran udara sejuk lebih sempurna.

2. Amalkan prinsip ’mula masuk, mula keluar’ untuk memastikan makanan yang disimpan dahulu mengikut giliran.

3. Daging, susu, ikan, hasil tenusu, krim & lauk-pauk perlu ditutup dan disimpan pada bahagian yang paling sejuk.

4. Makanan yang di masak & tidak di masak mesti disimpan berasingan bagi mengelakkan pencemaran silang.

(Panduan yg dsarankan oleh KKM melalui modul Kempen Cara Hidup Sihat 2001)

Pemilihan Jenis Dan Kualiti Makanan



Komponen makanan
Jenis
Fungsi
Sukatan keperluan
Karbohidrat
Nasi,mi,roti,hasil bijirin, ubi
Membekal tenaga,vitamin, mineral,serat & protein
Perlu dimakan lebih banyak 8-12 sajian. Contoh: 1 sajian - ½ cawan nasi / ½ keping capati
Protein
Daging, ikan, telur, kekacang
Membina & membaik pulih tisu tubuh badan
Makan dengan sederhana 2-3 sajian, contoh : 1 sajian – 1 ketul paha ayam / 1 ekor ikan kembung / 2 biji telur.
Kalsium, Zat besi
Susu & hasil tenusu
Tumbesaran
Susu & hasil tenusu – 1-2 sajian. Contoh: 1 sajian- 1 gelas susu / 1 cawan dadih / 1 keping keju.
Vitamin, mineral, serat
Semua jenis sayuran & buah-buahan
Membekal vitamin,mineral & serat. Menjauhi penyakit akibat kekurangan vitamin, serat, mengelak masalah sembelit
Makan dengan lebih 3-5 sajian. Contoh : 1 sajian ialah ½ cawan sayur daun hijau / 1 hiris betik
Garam, gula minyak
Makanan diproses, kuih-muih, aiskrim, makanan bergoreng
Memberi tenaga,sebagai penyedap makanan & tidak diperlukan dalam jumlah yang banyak.
Perlu dimakan sedikit.

Amalan Pemakanan



·   Asas pemakanan yang sihat ialah pengambilan makanan kita hendaklah berdasarkan kepada prinsip     piramid makanan. Makan buah dan sayur pada setiap waktu makan.

·   Sesuaikan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal untuk mencapai berat badan yang disarankan.

·   Kurangkan makan makanan berlemak dan bergoreng. Pilih makanan dan minuman kurang gula.

·   Pilih tempat makan yang bersih dan makanan yang selamat.

·   Amalan makanan yang tidak sihat meningkatkan peluang mendapat penyakit jantung, diabetis, darah tinggi, kanser dan sebagainya.

·    ’Kempen Cara Hidup Sihat’ 1998, KKM telah mengeluarkan panduan promosi pemakanan yang sihat meliputi makanan seimbang, cara penyediaan makanan yang sihat dan amalan makanan yang baik.

Kemajuan Teknologi Berkaitan Peningkatan Penjagaan Kesihatan


Kemajuan teknologi berkaitan peningkatan penjagaan kesihatan –  Penjagaan kesihatan menjadi mudah dengan kemajuan teknologi seperti teknologi maklumat dan peralatan pemeriksaan segera. Masyarakat boleh mendapat maklumat mengenai kesihatan melalui laman web agensi kesihatan peringkat global atau tempatan.
  •   Penggunaan internet untuk menyebarkan maklumat berkaitan kesihatan memberi pilihan kepada masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan mengenai sesuatu penyakit. Contoh : perkembangan ICT dalam teleperubatan di kawasan pedalaman di beberapa buah negeri di Malaysia di mana doktor boleh menghantar maklumat pesakit ke hospital di bandar untuk mendapat khidmat nasihat berkenaan diagnosa penyakit dan rawatan.
  •   Penciptaan peralatan untuk pemeriksaan atau pemantauan sendiri terhadap tekanan darah dan tahap glukos dalam darah memudahkan individu menilai tahap kesihatan diri. Keputusan segera tanpa menunggu giliran di klinik membolehkan individu mengambil langkah mengamalkan gaya hidup sihat dari segi pemakanan dan menurunkan glukos darah.
  •   Peralatan pemeriksaan segera seperti glucometer , accutrend dan strip memberi keputusan segera tahap glukos dan kolesterol dalam darah.
  •  Teknologi berkaitan penurunan berat badan kian popular. Pusat pengurusan kecantikan dan kesihatan tubuh badan menyediakan pelbagai teknologi seperti penjagaan kulit, rambut, serta penurunan berat badan.