Friday 29 March 2013

Kemajuan Teknologi Berkaitan Peningkatan Penjagaan Kesihatan


Kemajuan teknologi berkaitan peningkatan penjagaan kesihatan –  Penjagaan kesihatan menjadi mudah dengan kemajuan teknologi seperti teknologi maklumat dan peralatan pemeriksaan segera. Masyarakat boleh mendapat maklumat mengenai kesihatan melalui laman web agensi kesihatan peringkat global atau tempatan.
  •   Penggunaan internet untuk menyebarkan maklumat berkaitan kesihatan memberi pilihan kepada masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan mengenai sesuatu penyakit. Contoh : perkembangan ICT dalam teleperubatan di kawasan pedalaman di beberapa buah negeri di Malaysia di mana doktor boleh menghantar maklumat pesakit ke hospital di bandar untuk mendapat khidmat nasihat berkenaan diagnosa penyakit dan rawatan.
  •   Penciptaan peralatan untuk pemeriksaan atau pemantauan sendiri terhadap tekanan darah dan tahap glukos dalam darah memudahkan individu menilai tahap kesihatan diri. Keputusan segera tanpa menunggu giliran di klinik membolehkan individu mengambil langkah mengamalkan gaya hidup sihat dari segi pemakanan dan menurunkan glukos darah.
  •   Peralatan pemeriksaan segera seperti glucometer , accutrend dan strip memberi keputusan segera tahap glukos dan kolesterol dalam darah.
  •  Teknologi berkaitan penurunan berat badan kian popular. Pusat pengurusan kecantikan dan kesihatan tubuh badan menyediakan pelbagai teknologi seperti penjagaan kulit, rambut, serta penurunan berat badan.

No comments:

Post a Comment