Friday 29 March 2013

Penjagaan Peralatan Dan Kebersihan


Penjagaan Peralatan dan Kebersihan – Penting untuk mengelak peralatan ini daripada menjadi tempat pembiakan kuman yang boleh menyebabkan penyakit seperti penyakit tangan, kaki dan mulut.

Peranan Gender

1. Peranan Lelaki – Sistem patriaki yang mana golongan lelaki mengetuai sesebuah keluarga. Sistem ini memberi kuasa kepada lelaki memimpin keluarga, membuat keputusan, menyediakan sumber ekonomi serta kemudahan asas yang selesa untuk kesejahteraan kesihatan hidup berkeluarga.
  •    Teladan yang baik ditunjukkan bapa akan membantu anak lelaki membesar sebagai individu,bapa, suami dan pekerja yang sihat daripada aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial
  •   Untuk membentuk keluarga yang sejahtera dan bahagia, pihak lelaki perlu mengambil bahagian dalam perancangan keluarga. Penjagaan kesihatan dan kesejahteraan keluarga memerlukan peranan kedua belah pihak iaitu suami dan isteri. Tanggungjawab membina keluarga sihat, sejahtera dan bahagia harus dipikul bersama dan adil
2. Peranan Perempuan – Peranan biologi yang menjadi keistimewaan perempuan ialah hamil dan melahirkan anak.  Peranan ini tidak mengehadkan kemampuan dan keupayaan golongan perempuan untuk mencari rezeki kepada keluarga. Penglibatan mereka dalam industri kecil-kecilan di rumah secara separuh masa seperti membuat kuih, keropok dan sebagainya dan dalam masa yang sama mampu menjalankan tanggungjawab menjaga anak. Kegigihan mereka amat penting dalam meningkatkan dan menjana ekonomi keluarga.

3. Stereotaip Gender – Dalam sistem komuniti yang diketuai oleh lelaki atau kaum bapa stereotaip gender masih diamalkan. Sejak usia muda anak lelaki dididik untuk berperwatakan, budaya pakaian, komunikasi serta bersosial seperti seorang lelaki yang diharapkan oleh masyarakat secara lazimnya. Perwatakan dan budaya serta penampilan yang terkeluar daripada ciri-ciri hakiki seorang lelaki dilihat sebagai satu masalah dalam gender. Contoh: lelaki pondan.

  •    Anak perempuan dididik dengan nilai, peranan serta perwatakan seorg perempuan yang diterima secara lazim oleh masyarakat. Mereka dididik bersifat lemah-lembut, bersopan-santun, dan tahu serta mahir dalam pengurusan rumah tangga. Walaupun golongan perempuan mencapai tahap pendidikan dan kerjaya setanding dengan lelaki, tetapi mereka masih menjalankan tugas-tugas sebagai seorang isteri dan ibu seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya.
  •   Dalam dunia pekerjaan stereotaip gender dilihat semakin berkurangan. Ramai perempuan mampu melaksanakan kerjaya yang dikuasai oleh kaum lelaki seperti polis dan tentera.

No comments:

Post a Comment