Monday 4 March 2013

Sifat Kegagalan Dan Kejayaan

SIFAT KEGAGALAN
  • KETIDAKYAKINAN KEPADA DIRI SENDIRI
Tidak yakin akan dirinya dan kemampuan untuk melaksanakan usaha atau kerja yang dihadapinya.
  • SIKAP MELENGAH-LENGAHKAN KERJA
Melengahkan keputusan penting, tidak mahu mengambil risiko dan mengharapkan masalah selesai dengan sendirinya akan memburukkan keadaan.
  • SIFAT BERPURA-PURA
Sikap egoistik dan memandang status. Sentiasa ingin disanjungi tetapi tidak mahu berfikir dan maju ke hadapan.
  • SIFAT MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil berat tentang apa sekali pun. Berpuashati dengan apa yang ada tanpa berusaha lagi.
  • HIDUP TANPA TUJUAN
Tidak mempunyai cita-cita untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna.
 
SIFAT KEJAYAAN
 
1. FIKIRAN YANG TETAP
 
Tetapkan matlamat untuk diri sendiri di dalam satu jangka masa yang ditentukan. Pastikan jangka masa itu matlamat tercapai.
 
2. PERANCANGAN
 
Kemahuan hendaklah dirancng terlebih dahulu.
 
3. SEMANGAT DAN AZAM
 
Azam yang kuat dan semangat yang kental hendaklah dipupuk dengan sempurna.
 
4. PERCAYA DIRI SENDIRI
 
Kepercayaan kepada diri sendiri dan kebolehan sendiri hendaklah diutamakan.

No comments:

Post a Comment