Kemahiran Bertutur merujuk
kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea
yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul
secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta
penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang
sesuai.
Kecekapan berbahasa bagi
kemahiran bertutur adalah seperti berikut:
a. Menyebut sesuatu perkataan
dengan sebutan yang betul.
b. Bertutur dengan fasih dan
dapat memberi pendapat serta pandangan dengan jelas untuk melibatkan diri dalam
interaksi sosial.
c. Berbual dan berbincang
tentang kehidupan yang berkaitan dengan diri, keluarga, dan masyarakat dengan
menggunakan sebutan serta intonasi yang betul.
d. Menyoal untuk mendapatkan
maklumat dengan mengemukakan soalan secara jelas dan sopan.
e. Menjawab secara spontan
tentang sesuatu perkara atau isu yang dikemukakan
terhadapnya.
Kegiatan pembelajaran yang
sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan
pelajar:
a. Mengadakan latih tubi
sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang telah dikenal
pasti.
b. Perbualan secara terpimpin,
dialog, dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar
bercakap tanpa perasaan segan, takut, dan bosan.
c. Mempersembahkan satu daya
kreatif berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang dicipta oleh pelajar
sendiri.
d. Mengadakan pertandingan
bercerita, perbahasan, forum, temu ramah, ceramah, syarahan, dan
sebagainya.
f. Membincangkan
berita dan peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu gambar
bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah
diperlihatkan.
Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat
dibahagikan kepada bahasa formal dan tak
formal.
Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau
Bahasa Istana.
Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga,
bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan
sebagainya.
Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan
dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa
terkawal,
dan ragam
bahasa mesra dan bahasa formal.
No comments:
Post a Comment