· Asas pemakanan yang sihat ialah pengambilan makanan kita hendaklah berdasarkan kepada prinsip piramid makanan. Makan buah dan sayur pada setiap waktu makan.
· Sesuaikan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal untuk mencapai berat badan yang disarankan.
· Kurangkan makan makanan berlemak dan bergoreng. Pilih makanan dan minuman kurang gula.
· Pilih tempat makan yang bersih dan makanan yang selamat.
· Amalan makanan yang tidak sihat meningkatkan peluang mendapat penyakit jantung, diabetis, darah tinggi, kanser dan sebagainya.
· ’Kempen Cara Hidup Sihat’ 1998, KKM telah mengeluarkan panduan promosi pemakanan yang sihat meliputi makanan seimbang, cara penyediaan makanan yang sihat dan amalan makanan yang baik.
No comments:
Post a Comment